SELAMAT DATANG KE UNIT B&K SMK(F) BESOUT

Unit Bimbingan & Kaunseling SMK(F) Besout mengalu-alukan kedatangan saudara-saudari ke laman ini.

26 April 2011

Blog ini akan ditutup kerana cg sapa telah bertugas sebagai Penolong PPD Bimbingan,Kaunseling & Kerjaya Murid(Menengah) di PPD Batang Padang mulai 25 April 2011. Blog baru kendalian Pn Rosilawati bakal menggantikan blog ini.

16 February 2011

PROGRAM BESTNYA KE SEKOLAH 2011

Program BESTnya Ke Sekolah 2011, InsyaAllah akan dilancarkan pada 21 Februari 2011. Program ini dilancarkan untuk membendung gejala ponteng sekolah di SMK FELDA Besout. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah penguatkuasaan e-Disiplin, penguatkuasaan Sistem Amaran Ponteng, Kolaborasi bersama Pengurusan FELDA Besout, Kaunseling Individu & Kelompok, Kem Pelajar Tegar, Penyampaian Cenderahati kepada Kelas Kehadiran Penuh dan Mewujudkan Unit Ponteng.

15 February 2011

WATIKAH PERLANTIKAN PRS/PENGAWAS/PSS/Briged Bestari/MKT

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi pagi telah diadakan pada 14 Februari 2011 jam 7.30 pagi oleh Pn Pengetua, Pn Hjh Siti Mariam Bt Hj Joned di Dataran Kejat.

Bagi sesi petang pula, Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Majlis Ketua Tingkatan, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Briged Bestari telah disempurnakan oleh PK Petang, En. Abdul Rahim Bin Ghazali pada perhimpunan mingguan 14 Februari 2011 jam 1.00 petang di Dewan SMK FELDA Besout

25 January 2010

Badge Button PRS

Semua Pembimbing Rakan Sebaya SMK(F) Besout menerima Badge Button pada hari ini.

20 January 2010

Program BESTnya KE SEKOLAH

PROGRAM BESTnya KE SEKOLAH akan dilancarkan pada 25 Januari 2010 oleh Pn Pengetua SMK(F) Besout (Pn Hjh Siti Mariam Bt Joned)bagi sesi pagi dan oleh Pemangku Penyelia Petang (En Mohd Kassim Bin Harun)bagi sesi petang dan seterusnya penyampaian Watikah Pelantikan PRS 2010

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK(F) BESOUT